Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda, bahawa Allah SWT berfirman: :
Sesiapa memusuhi wali-Ku, maka Kuizinkan dia diperangi. Tidaklah hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu amal yang lebih Kusukai daripada jika dia mengerjakan amal yang Kuwajibakan kepadanya. Hamba-Ku sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan amalan-amalan sunah sehingga Aku mencintainya. Jika Aku mencintainya, jadilah Aku sebagai telinganya untuk mendengar dan sebagai matanya untuk melihat dan sebagai kakinya untuk berjalan dan jika dia meminta kepada-Ku pasti Kuberi dan jika dia meminta perlindungan kepada-Ku pasti Kulindungi.
((Riwayat al-Bukhari no. 6137 dan al-Baghawi jilid 7 halaman 204 dalam Syarhus Sunnah))
Credit: Hadis 40 Imam Nawawi
0 comments:
Post a Comment